Breaking News
http://myartikal.blogspot.my/
Most Popular

Wednesday 22 June 2016

"Saya Yakin Majlis Pernikahan Kedua Bapa Sah Diadakan"


Selepas tersebar sekeping gambar menunjukkan bapa beliau, Zainol MacWilson telah bernikah dengan seorang janda beranak dua di Kangar, Perlis pada 19 Jun lalu, Zahirah MacWilson yakin dan percaya bahawa majlis pernikahan kedua bapanya yang berlangsung itu memang sah diadakan walaupun tanpa pengetahuannya.
“Apabila ibu memaklumkan perkara itu kepada saya, saya yakin majlis itu memang sah diadakan. Tetapi sebagai anak, saya hanya doakan yang terbaik untuknya,” katanya kepada portalMalaysian Digest apabila ditanyakan mengenai majlis pernikahan bapanya yang dilakukan secara tertutup sebelum sekeping gambar tersebar meluas.
Terdahulu, Zainol tampil menegaskan bahawa gambar pernikahan yang tersebar itu adalah sekadar babak lakonan didalam drama popular, Dia Semanis Honey yang dilakonkannya, sekaligus menafikan desas-desus yang mengatakan bahawa beliau sudah bernikah buat kali kedua. Namun dakwaan terbabit dinafikan oleh pengarah drama itu sendiri.
Bagaiamanapun, menurut sumber bekas suami wanita yang dinikahi oleh Zainol yang mahu dikenali sebagai Rizal telah mengesahkan berita perkahwinan pasangan tersebut. Beliau yang hanya mendapat tahu mengenai berita itu daripada penduduk kampung turut menyifatkan Zainol sebagai seorang yang pengecut kerana menafikan perkara itu. 
Read more ...

Tuesday 31 May 2016

17 tentera korban depoh senjata terbakar


Mumbai: Sekurang-kurangnya 17 tentera India terbunuh manakala ramai lagi cedera akibat kebakaran depoh senjata terbesar tentera di Pulgaon, tengah India, hari ini.
Rakaman video menunjukkan api menjulang tinggi akibat kebakaran depoh menyimpan bom, bom tangan dan peluru itu memaksa ribuan penduduk berhampiran dipindahkan.
“Setakat ini 17 orang disahkan mati, 19 lagi cedera tetapi tidak kritikal,” kata Ketua Polis Daerah Wardha, Smita Patil.
Menurut laporan media India, dua yang terbunuh ialah pegawai manakala 15 lagi anggota Pasukan Keselamatan Pertahanan yang mengawal kemudahan tentera.
Bomba yang menggunakan 10 jentera bekerja keras sejak malam tadi bagi mengawal kebakaran yang bermula pada 1.30 pagi waktu tempatan sebelum api berjaya dikawal pada 6.15 pagi.
Menurut Pengarang Bersekutu majalah Indian Defence Review, Kolonel Danveer Singh, depoh itu yang yang terbesar di India membekalkan peluru kepada tentera, tentera laut dan tentera udara.
Read more ...

Pengemis dua isteri

Jitra: Sudah ditahan dua kali dalam tempoh empat bulan, namun seorang lelaki orang kurang upaya (OKU) penglihatan bagai tidak serik apabila memberi alasan melakukan aktiviti mengemis untuk menyara dua isteri warga Thailand dan anak.

Lelaki berusia 65 tahun dikenali sebagai Rahim dari Padang Terap, di sini, mendakwa wang bantuan bulanan RM350 tidak mencukupi kerana perlu menampung isteri pertama berusia 50 tahun dan isteri kedua berusia 30 tahun serta dua anak berumur 12 dan tujuh tahun.
Dia ditahan bersama dua lelaki lain iaitu warga Thailand dan Vietnam serta seorang wanita tempatan berusia antara 30 hingga 70 tahun dalam Op Pengemis oleh Jabatan Kebajikan Malaysia (JKM) Kubang Pasu di pasar malam Jitra, di sini, jam 6.30 petang kelmarin.
Rahim mendakwa dia perlu mencari wang tambahan untuk menampung empat ahli keluarganya kerana hanya isteri kedua saja bekerja sebagai penoreh getah di Durian Burung, Padang Terap untuk meringankan beban ditanggungnya.
“Saya tiada pilihan lain, selain menebalkan muka mengemis kerana mahu menyara keluarga disebabkan tidak mampu melakukan pekerjaan lain sebagai sumber pendapatan.
“Dengan bermodalkan RM5 untuk mengisi minyak motosikal rakan, saya mampu memperoleh antara RM50 hingga RM100 dalam masa tiga jam apabila mengemis di pasar malam ini.
“Duit hasil mengemis dibahagi dua dengan rakan dan bakinya diserahkan kepada isteri untuk kegunaan mereka,” katanya.
Menurutnya, walaupun wang diperoleh tidak banyak, namun dia perlu membahagikannya dengan rakan yang menghantarnya ke setiap lokasi pasar malam kerana membantu mencari rezeki.
“Rakan jemput saya di rumah sebelum dibawa ke lokasi mengemis dan dia menjemput semula sebaik tiba masa ditetapkan,” katanya.
Sementara itu, Pengarah JKM Kedah Mohamad Noor Chik berkata, pihaknya berharap orang ramai lebih berhati-hati bagi mengelakkan tertipu kerana ada sesetengah pengemis berkenaan diupah sindiket.
“Ada juga pengemis warga asing menjalankan operasi haram menggunakan nama agama sebagai cara mendapat wang secara mudah.
“Melalui siasatan JKM ada dalam kalangan pengemis mengaku beragama Islam dengan berlakon memakai tudung sedangkan mereka beragama lain dan hanya muncul menjelang Ramadan,” katanya.
Read more ...

Sunday 29 May 2016

Pernah Dibuang Daerah Kerana Sertai Kongsi Gelap, Kini Jadi Jutawan di Usia 25 Tahun

SEREMBAN - Ketika usianya 19 tahun, dia pernah dihukum buang daerah atas kesalahan menyertai kongsi gelap, tapi siapa sangka dia kini adalah seorang jutawan hasil menjual sabun anti-jerawat.

Jutawan tersebut, Muhammad Zukermi Edi, 25, menceritakan kisahnya bagaimana hukuman itu menjadi titik perubahan dalam hidupnya.

Kena Lapor Diri 2 Kali Seminggu Selama 2 Tahun

Sepanjang tempoh dua tahun dia dibuang, Zukermi tahun, tidak dibenarkan meninggalkan daerah Rembau dan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan dua kali dalam seminggu.


Lebih dari itu, hidup Zukermi menjadi lebih perit apabila keluarganya di Puchong, Selangor enggan berhubung lagi dengannya. Di Rembau, kehidupan Zukermi tidak tentu arah dan dia melakukan pelbagai kerja untuk menyara kehidupan.

Ibarat Gelandangan

Setiap hari, dia menumpang beg pakaiannya di sebuah kedai di pekan Rembau dan apabila malam berlabuh dia akan mencari kawasan seperti stesen bas atau surau untuk melelapkan mata.

Sepanjang dua tahun yang hitam itu juga, masyarakat sekeliling di pekan itu memandang serong terhadap Muhammad Zukermi kerana mereka mengetahui dia sedang menjalani hukuman buang daerah.

Kembali Selepas Dua Tahun

Selepas dua tahun, Zukermi kembali ke ibu negara selepas tamat tempoh hukuman. Dia kemudian mula mencari kerja di Kuala Lumpur dengan melakukan pelbagai kerja termasuk dengan menjaga parkir kereta.

Dapat Ilham di Kafe Siber

Dek kerana merasakan kehidupan di ibu kota sukar, Zukermi kemudian kembali ke Rembau. Satu hari, ketika dia melepak di kafe siber, Zukermi mendapat ilham untuk menjual produk online. Dia mula menjual produk kesihatan dengan mengiklankannya di media sosial.

Sebaik sahaja menerima tempahan, Muhammad Zukermi mendapatkan produk yang dipesan itu, dan mengeposnya kepada pelanggan. Hasilnya, dia menerima tidak kurang tiga pelanggan setiap hari bermula dari saat itu.


Produk pertama yang dijual ketika itu merupakan barangan kesihatan lelaki. Apabila mendapat sambutan, Muhammad Zukermi mula menjual sabun anti jerawat.

Allah itu Maha Pemurah. Apabila hambanya berusaha, maka akan dianugerahkan rezeki melimpah ruah. Itu jugalah yang terjadi kepada Muhammad Zukermi. Sabun anti jerawat yang dijualnya mendapat sambutan hangat. Justeru, dia mula menjual sabun itu atas jenamanya sendiri, MZ Secret Soap.

Balik Jumpa Ibu Bapa

Selepas perniagannya berkembang, Zukermi lantas teringat kepada ibu bapanya. Zukermi kemudian pulang bertemu mereka dengan memandu kereta pertama yang dibelianya iaitu Proton Perdana.

Pada mulanya, ibu bapa saya langsung tidak percaya saya pulang dengan kereta sendiri. Malah mereka ingat saya dapat duit banyak kerana jual dadah. Tetapi apabila saya katakan saya jual sabun dan menunjukkan kisah saya di keratan akhbar, mereka lega dan percaya.

“Malah mereka datang melawat saya di pejabat. Syukur hubungan saya dan keluarga kini sudah baik. Malah mereka juga menjadi pendorong semangat saya untuk terus berjaya di bidang ini,” katanya sebagaimana lapor Utusan Online.

Kongsi Kisah di Facebook

Zukermi tidak malu untuk berkongsi kisahnya di Facebook kerana mahu ia dijadikan pengajaran dan inspirasi buat anak-anak muda yang mempunyai impian namun masih tidak nampak jalan atau peluang.

Masih terngiang-ngiang kata-kata yang pernah dihambur kepadanya suatu ketika dahulu. “Kau budak tak habis sekolah, kerja mencuri sahaja, jangan nak berangan sangatlah. Budak tak guna!”. Kata-kata itu, sebenarnya menjadi pendorong yang menguatkan lagi azam anak muda ini untuk terus berjaya tanpa menoleh ke belakang lagi.

Zukermi kini mempunyai syarikatnya sendiri, MZ Secret Sdn Bhd dan memasarkan produk keluarannya sendiri menerusi online.

Selain sabun jerawat, syarikatnya kini turut mengeluarkan beberapa produk lain termasuk Azanis Scar Serum yang dikeluarkan bersama rakan kongsi yang juga isterinya, Nur Azianis Zulkifli. 
Read more ...

Saturday 28 May 2016

9 Tip Kenali Lelaki Baik Untuk Dibuat Calon Suami

Ada seorang ni merungut katanya lelaki baik dah pupus.
Before you say there’s no good man, please think whether you’re a good woman first.
Good man is not attracted to bad woman.

Tip kenal laki baik

1. Orangnya jaga solat


Jangan cari suami yang tak solat. Saya ulang sekali lagi, jangan cari suami yang tak solat.
Sebabnya kalau dengan tuhan yang maha penyayang pun dia tak amanah dan tak setia, macammana anda nak harapkan dia amanah dengan anda?
Kena cari yang jaga solat. Solat berjemaah macam yang Nabi pesan. Kita jaga solat, solat jaga kita.
Sesungguhnya solat itu mencegah daripada benda fasik dan mungkar.
Saya tak pernah dengar cerita lelaki bawak girlfriend ke hotel, berzina, lepas tu esoknya kejutkan girlfriend dia dari katil supaya solat subuh berjemaah. Laki tu jadi imam. So far, saya tak pernah dengar lagi.

2. Hormati anda



Kalau laki tu jenis suka menengking atau merendahkan anda, eloklah cari orang lain saja. Kalaupun anda kerja kilang dan tak berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti, itu bukan green light untuk dia hina anda.
Seorang laki yang baik akan terima seadanya, dia takkan merendah-rendahkan anda.

3. Tidak suka menyalahkan orang lain



Lelaki tulen berani menerima tanggungjawab dan mengaku salah. Memang sifat insan ada buat salah silap, tapi laki tulen kenalah sanggup responsible.
Jangan cari orang yang sentiasa mengkritik dan menyalahkan orang lain.

4. Bercinta lepas kahwin


“Barangsiapa memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah, membenci kerana Allah, dan menikah kerana Allah, maka sempurnalah imannya.” (HR. Abu Dawud)

5. Menghargai lebih daripada fizikal


Hati-hati dengan orang yang suka memuji fizikal anda. Kalau laki tu obses dan asyik puji fizikal anda sahaja, itu petanda bahaya. Seorang laki yang baik akan menghargai kepandaian anda, sikap dan karektor anda, dan peribadi anda. Kalau tumpuan dan pujiannya senada, pada fizikal, hati-hati lebih.
Anyway, semua orang akan jadi tua juga. Kalau fokusnya hanya pada fizikal, jenis nilah yang bila orang dah tua, dia sibuk mencari yang lain, yang lebih muda.
The right man will love all the things about you that the wrong man was intimidated by.
Kalau boyfriend anda suka anda pakai seksi, itu tanda dia laki yang salah untuk anda.
By the way, takyah couple. Ruang maksiat semua tuh.

6. Orangnya ada cita-cita


Kalau lelaki tu obses dengan anda dan langsung tiada ambisi dan cita-cita, itu bukanlah petanda yang baik. Seorang laki yang baik harus ada impian dan cita-cita hendak menyumbang dan menjadikan dunia lebih baik.
Orangnya patut berfikiran jauh dan merancang masa depan. Takkan anak-anak semua nak tolak kepada isteri saja. Carilah yang matang dan serius dalam percintaan. Berevolusilah sikit, sampai bila nak cinta monyet.
Tapi jangan obses kepada duit.
“Dan kahwinkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui. Dan orang-orang yang tidak mampu menikah hendaklah menjaga kesuciannya, sehingga Allah memampukan mereka dengan kurniaNya…….”. Surah An-Nur: ayat 32-33.
Janganlah kerana laki tu kerjanya jual burger, anda hina dan rendahkan dia pula. Berniaga itu sunnah Nabi.

7. Rajin


Tuhan suka hambaNya yang bila buat sesuatu, dia buat dengan sebaik-baiknya.
Jangan cari lelaki pemalas yang siang malam asyik main game.
Sesekali main Dota dan Clash of the Clans tu takpe. Merehatkan minda.
Tapi kalau obses siang malam, eloklah cari yang lain.

8. Jangan cari playboy


Sekalipun laki tu abam sado, kalau dia jenis bawak anak gadis orang ke hotel, lupakan sajalah dia tu.
“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” Surah Al Israa’: Ayat 32

9. Berani



Carilah yang berani dan sanggup bela dan protect anda. Jangan cari pondan.
Lelaki yang lemah lembut bukan pondan.
Tapi jangan cari laki yang suka pakai pakaian perempuan dan sebagainya. Sebab Allah melaknat laki yang suka pakai pakaian perempuan.
Tak kiralah apa yang hakim mahkamah tu cakap, ingat bahawa Allah laknat laki yang berpakaian dengan pakaian perempuan.
Finally..
Abdullah Ibnu Mas’ud Radliyallaahu ‘anhu berkata: Rasulullah Shallallaahu ‘alaihi wa Sallam bersabda pada kami: “Wahai generasi muda, barangsiapa di antara kamu telah mampu berkeluarga hendaknya ia kahwin, kerana ia dapat menundukkan pandangan dan memelihara kemaluan. Barangsiapa belum mampu hendaknya berpuasa, sebab ia dapat mengendalikanmu.” Muttafaq Alaihi.
Read more ...

Friday 27 May 2016

Untuk Para Lelaki, Lakukan Hal Ini Ketika Orangtua Anda Meninggal


Saat bunda dan ayah kita meninggal, turunlah dalam liang kubur dan sambutlah mayat beliau, buka papan penutup keranda (tempat usungan mayat), angkat mayat Ibu Ayah kita.

Biarkan kita yang memutarkan mayat Ibu Ayah kita menghadap ke kiblat.
Kita yang melakukan!!! Bukan hanya menyaksikan saja orang lain yang melakukan
Allahu Robbi... " Ibu.. Terakhir hari ini aku menonton Ibu". Biarkan kita yang merelai ikatan di kepala dan di tubuh beliau..

Pegang perlahan-lahan badan Ibu kita, arahkan beliau dengan baik-baik, ambil gumpalan tanah dan letakanlah di belakang tengkok Ibu kita.

"Ibu, terbaru kali inilah aku menonton engkau".
Terlintas dalam hati kita
sambil memegang Ibu kita...

Ingat semenjak kita bayi, tangan Ibu kita ini yang mensuapi makanan ke verbal kita.
Ingat hari pertama kita dapat berjalan, muntah, berak, beliau lah orang yang tidak sempat sedikit pun untuk menolak.

Sebagaimana pun jahatnya anak kepada beliau, kita tetap anak beliau dan rutin terima sebagai anak beliau.

Naiklah ke atas dan duduklah di tepi makam beliau dan dengarkanlah "Talqin" yang di sampaikan teruntuk Ibu kita.

Hari terbaru ini lihatlah, tidak ada benda apapun yang dapat kita berbagi untuk bekal beliau kecuali hanya Doa:

"Ya Allah.. Aku angkat tanganku Ya Allah.. Aku ridho Kau ambil Ibu ku Ya Allah..
Dia yang melahirkan aku.. Ya Allah hari ini aku tinggal dirinya Ya Allah, aku serahkan dirinya atas urusan Mu belaka Ya Allah. Aku tadahkan tanganku Ya Allah.. Aku memohon dengan sangat-sangat Kau ampunkan dosa-dosa Ibu ku, tolong Ya Allah.. Kasihani Ibu ku Ya Allah.. Aku merupakan yang akan terjadi didikan dari dia. Ya Allah sayangi dirinya Ya Allah.

Maka akan beruntunglah Ibu kita, apakah Allah akan menolak doa itu? Allah tidak akan menolak doa tulus yang datang dari seorang anak.

Pesan ini bagi sahabat-sahabat yang selama Ibu Ayah tetap hidup. Dan Bagi sahabat-sahabat yang Ibu Ayah sudah tiada, mari kita bersama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat mereka.
Read more ...

Wednesday 25 May 2016

Terkilan Teguran Awie, Amy Search Yakin Awie Hanya Dengar Cerita Sebelah Pihak

Nampaknya isu berkaitan Yazit daripada kumpulan Search turut mendapat reaksi daripada penyanyi rock Awie. Tapi apa yang tidak sedapnya ialah bila luahan dan juga teguran Awie dalam masa yang sama membuatkan Amy Search terkilan atau bak kata Amy sendiri, teguran itu melukakan hatinya.
“Kalau saya dalam kumpulan itu, saya akan korbankan sedikit masa untuk menolong. Ini saham akhirat kita. Fikir dekat situ saja. Tidak guna kita cerita pasal tahfiz dan jubah tetapi soal akhirat dibuat main macam ini,” kata Awie kepada Malay Mail Online mengenai perkara tersebut.
Tidak menyalahkan Awie sepenuhnya, Amy menjelaskan kepada Astro Awani bahawa dia percaya bahawa Awie hanya mendengar cerita dari sebelah pihak saja namun tetap menyatakan perasaannya yang terluka dengan kenyataan tersebut.
“Saya kecewalah dan pada saya ia amat melukakan hati saya. Sampai hati dia cakap saya macam itu, sampaikan ibadah saya dipijak-pijak. Tapi saya tidak salahkan dia (Awie) kerana dia mungkin dengar dari sebelah pihak sahaja,” jelasnya.
Sebelum ini, Amy pernah meluahkan perasaannya terhadap Yazit selain menyatakan bahawa dia sendiri tidak disukai Yazit sejak awal penubuhan kumpulan itu. Semoga kesudahan kisah ini nanti, Yazit akan kembali sembuh dan hubungan Amy dan Awie elok elok sahaja hendaknya.
Read more ...

Games

Technology

Ads

Subscribe

Designed By Published.. Blogger Templates